Thursday, 24 December 2015

About Ziss Outdoor

ZISS OUTDOOR ditubuhkan secara rasmi pada  23 April 2010.  Diusahakan oleh Cik Puan Isfaliza binti Mohd Hashim .Beroperasi selama 11 tahun di rumah dan kemudian telah membuka sebuah kedai dan bengkel khemah pada tahun 2010 hingga kini. Sekarang mempunyai seramai 6 orang pekerja iaitu 3 orang di bahagian pentadbiran manakala 3 orang lagi di bahagian bengkel dan pembersihan kawasan. 

Kami merupakan pakar baik pulih khemah dan kanopi. Kami selalu berurusan dengan pihak sekolah, jabatan-jabatan kerajaan.  Kami amat mengambil berat dan prihatin akan kehendak pelanggan dan akan menjaga kualiti dan kredibiliti syarikat kami dari masa ke masa.

Polisi Dan Ikrar Kami

Demi menjaga kualiti serta kredibiliti Ziss Outdoor dengan ini berikrar:

1    * Akan sentiasa menjaga sensitiviti pelanggan kami secara profesional lagi cekap.
2  *Akan sentiasa memantau segala urusan perniagaan dengan integriti dan jujur        demimendapatkan kepercayaan dan pelanggan yang setia.
3   *Akan sentiasa menjadi pendengar yang setia terhadap setiap aduan mahupun kesilapan  yang dilakukan pihak kami (sekiranya ada) demi menjaga dan memperbaiki kualiti dan    servis kami dari masa ke masa.

Dengan ikrar dan polisi ini, kami berharap agar Ziss Outdoor dapat diberi peluang dan kepercayaan untuk menjalinkan perniagaan dan persahabatan dengan pihak tuan / puan, Dato’ / Datin.  Keyakinan kami adalah kepercayaan anda.

1 comment:

  1. Borgata in Atlantic City Casino: Now Open
    ATLANTIC CITY, 정읍 출장샵 NJ — Borgata Hotel Casino & 사천 출장안마 Spa is opening a 구리 출장마사지 new gaming and entertainment destination 구리 출장마사지 featuring a 제주 출장마사지 full-service spa, a seasonal Olympic-sized

    ReplyDelete